Sunday, September 21, 2008

sorting things :D

hi! hi!
Adakah anda merindui si Penulis? :D << senyum lebar.. eh sebenarnya beberapa hari ini bukanlah hari yang baik untuk si Penulis. perkara yang paling buruk menimpa tindih-menindih. kalau mahu dijadikan peribahasa, maka akan mencipta "sudah jatuh ditimpa tangga, tercium tahi, dipijak lori 10-tan". hahah..rasa agak mustahil? baiklah..bagaimana dengan ini.

Minggu pertama, berjaya merosakkan harta benda syarikat yang berharga Rm960,000. Waktu itu hampir nak tercirit kerana kejutan dan tamparan hebat dari insiden. Beberapa hari selepas itu, berjaya merosakkan kereta miss X dengan melanggar divider jalan (cerita miss X lain kali sahaja tulis). Union chamber, windscreen dengan driveshaft rosak teruk. Tak cukup dengan itu, miss X memutuskan hubungan dengan si Penulis dengan cara paling kejam sekali antara kekejaman yang si Penulis pernah bayangkan. semua itu berlaku berturutan dalam masa kira² 1 bulan. Bagaimana sekarang? adakah pembaca masih merasa peribahasa "sudah jatuh ditimpa tangga, tercium tahi, dipijak lori 10-tan" masih mustahil?

Pembaca: .......................

si Penulis masih lagi trauma teruk..terutama dari kes miss X...tapi hidup mesti diteruskan juga atau ibu bapa akan merasa sangat rugi membesarkan anak yang ...ehem..sori² menyimpang sikit.

Bagaimanapun, si Penulis menulis hari ini adalah untuk menetapkan matlamat hidup penulis sendiri. Benda suda pun berlaku..walaupun terpaksa bermula dari kertas kosong, si Penulis perlu teruskan hidup juga.

Baiklah..langkah pertama adalah untuk mencari tempat kediaman. Oh..sebelum ini si Penulis tinggal bersama miss X jadi tak mungkin si Penulis akan duduk diam disana sambil melihat hidup gembira miss X...jadi, si Penulis ..tanpa rasa malu menumpang rumah sahabat buat sementara. Tidak cukup dengan itu, si Penulis meminjam kereta miss X untuk digunakan pergi ke pejabat sementara mencari kereta. OH!! rasanya da silap. perkara ini lebih memalukan dari perkara pertama..jadi seharusnya berkata 'misi pertama adalah mencari kereta'. si Penulis memang malu sangat..tapi dalam keadaan begini Penulis tiada pilihan lain...Penulis tidak dapat membayangkan apa yang bakal terjadi jika 3 perkara ini dicampur dengan satu lagi insiden -kehilangan kerja. hohoho..jadi tanpa segan silu, Penulis meminta kebenaran (dengan baik²) daripada miss X untuk menggunakan kereta itu. Walaupun sakit hati setiap kali naik kereta itu, penuh dengan kenangan miss X..penuh dengan kenangan si Penulis dengan miss X..dan barangkali juga penuh dengan kenangan miss X bersama orang lain... -_-". Penulis berkata "Bertahanlah si Penulis!!!"

Baiklah²...diharapkan minggu ini akan dapat mencari kenderaan yang cukup hebat untuk menggantikan segala rasa sakit hati si Penulis!!!

No comments: