Sunday, September 14, 2008

bersambung..

Penulis: hei hei..kali ini berjumpa lagi..walaupun mungkin kita tidak pernah berjumpa walau sekalipun dalam hidup ini (ohohoho)...kenapa berjumpa lagi? sebab yang sebenarnya si Penulis suda pernah menulis sebelum ini..tapi atas masalah² yang tidak dapat dielakkan, tidak tahu kenapa si Penulis tidak dapat daftar masuk ke blog yang ditulis kira² 2 tahun yang lalu itu. Oh ya, jangan tanya si Penulis apa alamat blog lama kerana disana cuma ada selembar tulisan yang mengeja 'hai! sila tunjuk ajar!'.

Pembaca: Kenapa si Penulis behenti menulis? dan kenapa sekarang si Penulis sekarang kembali menulis?

Penulis: Pada zaman dahulu (sebenarnya tidak lama sangat..kira² 2 tahun yang lepas sahaja), si Penulis sampai ke simpang jalan hidup di mana si penulis hanya boleh memilih satu jalan saja. Pada masa itu si Penulis sangat gelisah lalu menulis blog yang cuma mengandungi 2 kandungan penting iaitu 'Sila tunjuk ajar' dan 'saya tak berguna'. (Pembaca: -_-")

emm..bagaimana dengan sekarang?..2 tahun dahulu, penulis mengambil keputusan mengambil jalan A. Mari kita panggil jalan berikut sebagai jalan A (Pembaca: Tak perlu bagi tahu lah!). Si Penulis menjalani 2 tahun kehidupan dengan gembira, sedih, ketawa dan menangis. Malangnya selepas 2 tahun, sekali lagi si Penulis sampai ke persimpangan jalan hidup, Yakni (Pembaca: Oh? kamu tahu guna perkataan ini juga?) penghujung bagi jalan A. Fikiran dan perasaan si Penulis amat tidak stabil lalu mengambil keputusan untuk menulis semula. Tapi berita baiknya, kali ini si Penulis akan cuba untuk menulis lebih daripada 'sila tunjukajar' dan 'saya tidak berguna' (Pembaca: itu berita baik? kamu dari tadi cakap kosong saja...(--_) )

Sebagai meraikan kembalinya si Penulis ke arena menulis, maka sila benarkan si Penulis untuk mengatakan ayat ini:


SILA TUNJUKAJAR

Pembaca: pergi dari sini!!

No comments: